SUKAN               


Sukan merupakan medium perpaduan yang berkesan dalam usaha menyatukan masyarakat. Penganjuran aktiviti sukan dan rekreasi dalam setiap komuniti akan menggalakkan percampuran dan komunikasi antara masyarakat berbilang etnik dan pelbagai peringkat umur.

Biarpun berbeza fahaman politik, agama dan bangsa namun semangat kesukanan menyokong negara amat tinggi. Contohnya, apabila pasukan bola sepak Harimau Malaya berbanding dalam apa jua perlawanan bola sepak pelbagai peringkat, semua rakyat Bersatu hati menyokong pasukan negara.

Selain itu, ‘HARI SUKAN NEGARA’ yang disambut selama sehari pada minggku kedua setiap bulan oktober sejak 2015 telah ditukar Namanya kepada ‘BULAN SUKAN NEGARA’ bermula oktober 2019.

Penambahbaikan dan perubahan konsep lebih kontemporari dan memenuhi keperluan semasa menjadi keutamaan terhadap program Bulan Sukan Negara bagi menjamin agenda ‘SUKAN UNTUK SEMUA’ Kekal relevan sepanjang zaman


 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini