SAMBUTAN PERAYAAN


Sokongan tanpa mengira kaum hadir memeriahkan program sambutan perayaan yang dianjurkan seperti Tahun Baharu Cina dapat mengukuhkan ikatan silaturrahim secara semulajadi antara warga Sabah yang berbeza latar belakang agama dan budaya

ia adalah kunci keamanan dan keharmonian dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama, sekali gus menjadi asas kepada pembinaan negara dan berupaya mencapai semangat 1Malaysia.

 menghormati budaya dan agama etnik lain menjadi ciri kepada masyarakat berbilang kaum dan menjadi kewajipan setiap rakyat untuk terus mengekalkan tanggungjawab berkenaan menerusi amalan lima prinsip Rukun Negara.

perayaan tahunan seperti Aidilfitri, Krismas, Deepavali dan Tahun Baharu Cina adalah perayaan yang memanfaatkan semua kaum dari segi memupuk keharmonian, keamanan dan perpaduan.

"Rakyat Malaysia harus berasa berbangga kerana dapat meraikan pelbagai perayaan dalam keadaan aman dan damai."Sejak merdeka, tugas yang penting bagi setiap rakyat adalah menyumbang ke arah perpaduan negara serta berusaha meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan sosial negara kita

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini