Kepelbagain Kaum


Perpaduan kaum juga memainkan peranan dalam mengukuhkan lagi ekonomi negara dengan penglibatan semua kaum dalam kegiatan ekonomi.Misalnya,Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1970 oleh Tun Abdul Razak, adalah bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Pelancaran dasar ekonomi tersebut memastikan bahawa taraf hidup masyarakat dapat ditinggikan dalam usaha untuk mencapai kemajuan dalam pembagunan negara. Jurang perbezaan akan terhapus dalam fungsi ekonomi mengikut kaum dan lahirnya perpaduan ekonomi di kalangan rakyat, sambil meningkatkan lagi taraf pembangunan ekonomi negara.

secara keseluruhan, perpaduan kaum merupakan antara faktor terpenting dalam mengekalkan  keharmonian masyrakat berbilang kaum dan agama. sekiranya kita berpecah atau bertelingkah antara satu sama lain, negara yang amam harmoni ini akan menjadi mundur dan pertikaian akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang menjejaskan pembangunan negara. Masyarakat Malaysia perlu menjadi penggerak utama  dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum  dalam usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara maju serta memastikan pembangunan ekonomi  negara yang stabil dan konsisten.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini