KESIHATAN Kesihatan dan perpaduan pula dapat dikaitkan dengan Kerjasama organisasi dalam bidang kesihatan untuk memastikan masyarakat dapat mengecap kehidupan yang aman dan keharmonian tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa. Bidang perubatan melahirkan pakar dan kakitangan pelbagai bangsa dan agama. Mereka berkongsi kepakaran dan kemahiran demi memastikan kesihatan masyarakat pada tahap yang optimum. Titik perpaduan dilihat dalam bidang kesihatan yang menjadi keutamaan kepada seluruh masyarakat
JENAYAH Semangat perpaduan perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat bagi mencegah segala aktiviti jenayah yang kini semakin berleluasa. Aktiviti Skim Rondaan sukarela(SRS) dan kawalan RukunTetangga (KRT) yang dilakukan oleh masyarakat setempat mampu mengurangkan kadar jenayah. Tanggapan negative yang mengaitkan penjenayah dengan sesuatu bangsa merupakan satu sikap yang salah kerana setiap bangsa dan agama terdedah dengan apa jua jenayah. Setiap rakyat Malaysia mestilah patuh kepada peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan kerana hukuman tidak memilih bangsa atas setiap kesalahan yang dilakukan
Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai.Tiga kaum besar yang utama di Malaysia ialah Melayu,Cina,India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada penduduk Malaysia.Melayu adalah sattu kaum yang beragama islam ,berbahasa melayu dan mengamalkan budaya melayu.Kaum melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik Malaysia Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar bandar besar di pantai barat semenanjung.Kebanyakan kaum cina beragama Buddha,Taoisme, atau kristian,berbahasa Mandarin,Hokkien,Hakka,Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula 7.5% daripada populasi .Kebanyakannya beragama Hindu,bertutur Tamil,Malayalam,dan Hindi.Selain itu,terdapat juga kaum Sikh,Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain.
Ulasan
Catat Ulasan